Saturday, December 6, 2008

2009. takdir dan waktu

Disember tiba. Memasuki pertengahan fasa musim cuti sekolah. Teringat bahan in-house training yang belum disiapkan. Sebahagian material penting yang diperoleh masih tersimpan dalam beg sekolah. Tak terbelek lagi. Mungkin enjin minda untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2009 belum panas lagi. Apatah lagi, apabila teringatkan beberapa perkara yang berlaku sebelum bidai 2008 ditarik. Isu yang sama. Malai laushe. Kepercayaan terhadap kebolehan. Prestasi. Tak ketinggalan, isu siapa yang patut dapat APC. Malai laushe ? Kalau termasuk dalam senarai pendek, itu sudah cukup baik ! Belum tentu terpilih. Sekurang-kurangnya pihak pentadbir sedar akan kewujudan Malai laushe di sekolah tu. Takkanlah dah bertahun-tahun mengajar, mendidik, mencurah masa, tenaga, idea, masih dianggap tak berbakti dengan cemerlang ? Aku tak kisah semua tu. Tak perlu kecil hati atau rasa bengang. Rezeki ; Allah yang beri. Yang penting, berkhidmat dengan ikhlas kerana DIA, walaupun di mana pun bumi dipijak dan langit dijunjung. Walau berbeza agama, bangsa dan budaya. Menyorot kemungkinan 2009 , aku reda saja apa takdir yang tertulis buat aku. Dalam profesion keguruan ini !